Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa tiada muslim yang gembira dan menyetujui Dr Zakir Naik dihalau keluar dari negara ini kecuali dia adalah munafik dan berdosa besar.

Malah, katanya lagi, tiada bukan muslim yang berusaha menghalau Zakir Naik keluar dari negara ini kecuali dia adalah musuh umat Islam.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu menambah, siapa pun yang menyokong tindakan musuh Islam terhadap umatnya, dia adalah talibarut.

“Setiap muslim adalah bersaudara. Haram ke atasnya menzalimi saudaranya sendiri dan haram ke atasnya membiarkan saudaranya itu dizalimi oleh sesiapa pun.

“Tiada kejuaraan sebenar kecuali kejuaraan perjuangan menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan tanah air,” katanya yang dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut susulan cadangan dua menteri DAP yang mahu kerajaan mengusir Zakir Naik yang didakwa membuat kenyataan yang menjejaskan keharmonian kaum di negara ini semasa ceramah di Kota Bharu baru-baru ini.

Dalam ceramah itu, Zakir didakwa mengeluarkan kenyataaan yang menghina penganut Hindu di negara ini kerana menyatakan mereka lebih setia dengan perdana menteri India berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Zakir menegaskan kenyataan itu ditujukan kepada kumpulan Hindu yang menyokong kerajaan Narendra Modi yang mahu dia diekstradisi ke India bagi menghadapi tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.