TERKINI : PERKESO Jangan Paksa Pemandu Teksi – Datuk Shamsubahrin

KUALA LUMPUR – Langkah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mahu mengenakan kompaun kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing yang belum berdaftar serta mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) boleh mewujudkan banyak rusuhan dan demonstrasi.

Ini kerana, kebanyakan pemandu teksi kini berdepan dengan situasi sulit gara-gara isu yang membabitkan perkhidmatan e-hailing, kata Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail.