Pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman sedang menyatakan sesuatu berhubung pencerobohan yang dilakukan oleh seorang lelaki Indonesia.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai menceroboh sebuah kuil di Ipoh, awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Perak Lim Hong Shuan menerusi kenyataan berkata, penahanan itu dibuat berdasarkan laporan pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Dusun Bertam di Ipoh.

Kejadian yang berlaku pada 1.05  telah menyebabkan 15 patung di kuil rosak.

“Suspek direman 14 hari. Suspek juga disyaki kurang siuman dan akan dirujuk ke hospital mendapatkan perubatan. Polis turut merampas sepana yang disyaki digunakan oleh suspek.

Tambahnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 295, Seksyen 427 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963.

Lim menasihati semua pihak supaya supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab berhubung kes ini kerana boleh menjejaskan siasatan polis.- MalaysiaGazette