Petugas media menunggu penceramah bebas, Zakir Naik diambil keterangan untuk kali kedua kerana didakwa menghina dan menggugat ketenteraman awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik tidak muncul setelah 10 jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sehingga pukul 1.15 pagi, kelibat pendakwah kontroversi itu masih belum kelihatan hingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan petugas media yang menunggu sejak pukul 2 petang.

Sumber memberitahu, Zakir telah meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan lebih awal namun, maklumat itu tidak dapat dipastikan.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abd Kader memaklumkan satu kenyataan media akan diberikan esok sebagai maklum balas terhadap kehadiran Zakir ke Bukit Aman pada Jumaat lalu dan petang semalam.

Terdahulu, Zakir hadir di Bukit Aman pukul 3.15 petang dengan ditemani peguamnya untuk menyambung keterangan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

MGF190819_ZAKIR NAIK HADIR IPP BUKIT AMAN03
Sebuah kereta dipercayai membawa penceramah bebas, Zakir Naik hadir bagi diambil keterangan untuk kali kedua kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 OGOS 2019

Zakir pertama kali memberi keterangan di Bukit Aman buat pada Jumaat untuk membantu siasatan mengikut kanun yang sama.

Dalam ceramahnya di Kota Bahru, Kelantan pada 3 Ogos lepas, Zakir didakwa telah membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Beliau didakwa berkata penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina Malaysia dengan berkata mereka perlu terlebih dahulu keluar dari negara ini sebagai respons kepada desakan agar beliau diusir dari negara ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.