Syed Saddiq bersama Dr Zakir Naik.

KUALA LUMPUR- Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kesal dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengubah pendirian mengenai isu  Dr. Zakir Naik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai dari parti DAP itu turut meminta Ahli Parlimen Muar menyedari permohonan maaf Zakir mengenai ceramahnya di Kelantan tempohari itu tidak ikhlas.

“Tindakan Syed Saddiq membuat pusingan 360 darjah bukan sahaja mengejutkan semua pihak malah turut dipersoal bagaimana begitu mudah beliau mengubah pendirian.

“Syed Saddiq sepatutnya menyedari hakikat di sebalik permohonan maaf Zakir, adakah anda benar-benar rasa beliau ikhlas?” soalnya menerusi perkongsian status dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Ahli Parlimen Muar itu yang meminta semua pihak supaya fokus kepada isu lain lebih penting berkaitan rakyat.

Pada masa sama, menerusi perkongsian status lain, Ramasamy turut mengkritik pendirian Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran yang menyerahkan kepada Putrajaya untuk menentukan kedudukan Zakir.

“MIC sekadar menzahirkan rasa tidak puas hati kepada Pas yang tidak menasihatkan Zakir supaya berhenti menyentuh sensitiviti kaum lain. MIC seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran Zakir ke negara ini.

“MIC dilihat terus berhalusinasi sebagai wakil kaum India di negara ini sedangkan parti itu sudah tiada fungsi kecuali mengeluarkan kenyataan akhbar dan menganjur pertemuan berbentuk keagamaan.” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Dr Zakir Naik sudah minta maaf, kata Syed Saddiq

1 Komen

  1. Move on Rama!!!!
    You are one broken record…
    Time for you to realise that
    everyone make mistakes and
    still can ask for forgiveness
    But you still ponder in circles
    and never realise your arrogance.

Comments are closed.