Seorang pelajar berjalan diatas Jalur Gemilang Ecobriks yang dihasilkan menggunakan tempurung, batu kelikir dan botol terpakai untuk dipamerkan pada Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Ecobriks semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke- 62 yang bakal tiba tidak lama lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Beberapa hari sahaja lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke-62.

Setiap tahun, tanggal 31 Ogos memberi makna kepada rakyat di negara ini mengimbas betapa peritnya mencapai kemerdekaan dn mengekalkannya.

Mohd Faiz Mohd Syirat.Foto NOOREEZA HASHIM, 28 OGOS 2019.

Bagi Mohd. Faiz Mohd. Syirat,32, Malaysia sebenarnya masih belum mencapai ‘kebebasan’ sepenuhnya daripada penjajah apabila masih bergantung kepada tenaga asing dalam pelbagai aspek.

Menurutnya, negara kini dibanjiri dengan warga asing dan semakin kurang rakyat tempatan yang menceburkan diri dalam bidang buruh, pembantu restoran dan pekerja kilang.

“Setakat ini, kita tengok kita belum capai kemerdekaan (sebenar) sebab negara kita ramai orang luar. Daripada segi ekonomi pun ramai orang kuar, orang tempatan agak kurang,” kata Mohd. Faiz.

Keerthanan Selvam, 21, pula berpendapat erti kemerdekaan adalah apabila negara boleh bersatu-padu saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum seterusnya menjadikan semua rakyat menjadi kuat.

Kerrthena Selvam. Foto NOOREEZA HASHIM, 28 OGOS 2019.”Erti kemerdekaan pada saya adalah kita kan dalam negara ramai rakyat pelbagai kaum tapi bersatu,” ujarnya pekerjas swasta itu.

Pengunjung, Mohd Yazid Khan Gulap Khan. Foto NOOREEZA HASHIM, 28 OGOS 2019.

Kata Mohd. Yazid Khan Gulap Khan, 29, pula erti kemerdekaan hanya mencakupi kepada kebebasan negara tanpa kuasa penjajah asing.

“Bebas daripada ancaman maknanya amanlah.
Macam ancaman kena jajah kalau dulu kan kita kena jajah. Selamatlah kita bergerak dalam negara kita,” katanya.

Begitu juga pandangan anak muda Khairil Ashraf Salehuddin yang baru berusia 19 tahun.

Pelajar, Khairil Asyraf Salahudin. Foto NOOREEZA HASHIM, 28 OGOS 2019.

“Bagi saya merdeka ini, kita bebas daripada penjajah. Daripada segi diri saya bebaslah daripada penjajah itu,” kata pelajar itu.

Apa pun, pelbagai versi dan klise didengar setiap kali ulang tahun kemerdekaan tetapi itulah terasnya – mengekalkan perpaduan sedia ada dan memperbaiki apa yang kurang daripada masa kesemasa.

Wajarlah apa sahaja konflik perkauman yang kedengaran sekarang dihentikan segera dan jadikanlah apa yang berlaku di negara-negara luar sebagai iktibar.- MalaysiaGazette