Peserta perbarisan melakukan persembahan pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 31 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Semangat hidup damai bersama-sama harus diteguhkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, Malaysia perlu menghayati lima prinsip utama Rukun Negara yang wajar dijadikan ikrar kesatuan seluruh rakyat Malaysia.

“Seluruh rakyat Malaysia lebih menghormati sensitiviti perbezaan yang ada serta lebih cermat dalam penggunaan media sosial yang dilihat sebagai punca utama timbulnya salah faham dalam kalangan rakyat.

“Marilah kita menghayati pesanan kemerdekaan Bapa Kemerdekaan kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj .. “Our future depends on how well many different kinds of people can live and work together…” dalam memeta masa depan Malaysia yang lebih baik,” kata Presiden PKPIM menerusi kenyataan di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast