BEIJING (Reuters) – China dan Amerika Syarikat telah mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan masing-masing pada Ahad walaupun terdapat pentunjuk yang mengatakan rundingan akan disambung semula bulan ini.

Pusingan baharu kutipan tarif tersebut berkuatkuasa 0410 GMT dengan Beijing mengenakan levi sebanyak lima peratus ke atas minyak mentah AS.

Ini merupakan kali pertama bahan api dijadikan sasaran selepas dua gergasi ekonomi itu memulakan perang perdagangan lebih setahun lalu.

Pentadbiran Trump pula akan mula mengutip 15 peratus tarif ke atas lebih daripada AS$125 bilion barangan import dari China termasuk speaker pintar, Bluetooth dan pelbagai lagi jenis kasut.

Sebagai balasan, China telah mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan yang telah disenaraikan dan dianggarkan bernilai AS$75 bilion.

Beijing tidak mendedahkan nilai khusus barangan yang bakal dikenakan tarif yang lebih tinggi bermula Ahad.

Tarif tambahan sebanyak lima peratus dan 10 peratus dikenakan ke atas 1717 daripada keseluruhan 5078 produk yang berasal dari AS.-Agensi