TERKINI : AMK Nafi Tidak Beri Token Untuk Hadir Mesyuarat – Hilman Idham

Tidak ada pemberian sebarang token kepada ahli untuk menghadiri majlis perasmian perdana Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muafakat Cabang Selangor hari ini.

Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham ketika menjelaskan perkara itu berkata, beliau tidak tahu menahu dengan dakwa sesetengah pihak bahawa berlaku pemberian token untuk meramaikan kehadiran ahli pada mesyuarat itu.