Tian Chua. foto NOOREEZA HASHIM, 07 SEPTEMBER 2019.

BANGI – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata semua parti mesti ada perpecahan dalaman masing-masing yang menyokong individu tertentu sebagai pemimpin.

Katanya, PKR sendiri tidak terkecuali dalam berpuak-puak namun itu tidak dilihat sebagai masalah kepada parti.

“Memang ada perbezaan dalam parti, dan ada puak tertentu, tapi tidak ada masalah. Semua parti mesti ada puak-puak.

“Ada yang kata PKR pecah kepada dua, ada pengikut Anwar Ibrahim dan ada yang ikut Azmin Ali. Itu tidak boleh disebut oleh ahli parti, tidak ada.

“Kenapa ada dua, tidak ada yang sokong Tian Chua ke? Ada lagi yang ikut sesiapa sahaja. Perbezaan dalam puak itu adalah fenomena yang sihat kalau kita dapat uruskan dengan betul.

“Bagaimanapun kita berbeza, akhirnya kita setia terhadap perjuangan parti dan perpaduan parti. Ini yang akan jadikan kita kuat semua,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Serdang di Bangi Golf Resort, sebentar tadi.

Menurut Tian Chua lagi, perkara sama sudah dilihat tersebar dalam PH.

Katanya, sudah ada pihak yang cuba memecahbelahkan PH dari dalam dan keempat-empat parti itu perlu teguh bersama dalam memastikan Putrajaya terus dipegang oleh PH.

“Kita jangan benarkan ada anasir tertentu yang cuba pecah-belah parti. Kita jangan benarkan mereka untuk pecahkan PH, sentiasa nampak PH dalam krisis.

“Sekarang ada empat parti dan ada yang cuba mengapi-apikan perbezaan antara kita. Bila PH pecah, siapa yang akan dapat manfaat. Kita harus ingat perpaduan ini hanya bila PH kekal bersatu.

“Ada yang khusus untuk benci Dr Mahathir supaya PKR benci beliau. Ada orang yang khusus untuk benci Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Kata semua masalah datang daripada mereka. Ini sudah dirancang dengan baik,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast