Nadal melangkah ke pusingan akhir Terbuka AS dan merupakan pilihan juara temasya kali ini.

NEW YORK – Jaguh Tenis dunia Rafael Nadal mara ke pusingan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2019.

Jaguh nombor dua dunia itu menewaskan pemain Itali Matteo Berrettini dengan 7-6, (8-6), 6-4, 6-1 di Flushing Meadows hari ini.

Berrettini, 23, hilang momentum sehingga melakukan beberapa kesilapan dan kehilangan mata ketika berdepan jaguh Sepanyol itu.

Nadal yangb memburu gelaran keempat Terbuka AS akan bertemu bintang Rusia, Daniil Medvedev pada aksi final Ahad.

Dengan kemenangan itu Nadal yang dikenali dengan gelaran ‘King of Clay’ ekoran 12 kemenangan di Roland Garros, meletakkan sasaran untuk memintas rekod kejuaraan Roger Federer yang digelar pemain terbaik sepanjang masa.

Sejak kekalahan mengejut Federer pada aksi suku akhir kepada Daniil Dimitrov diikuti menarik diri Novak Djokovic disebabkan kecederaan bahu, Nadal kini menjadi pilihan juara kejohanan kali ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast