TOKYO – Minyak naik pada hari Isnin selepas Arab Saudi mengatakan tidak akan ada perubahan dalam dasar OPEC selepas Putera Abdulaziz bin Salman dilantik sebagai Menteri Tenaga yang baharu bagi negara pengeluar minyak mentah dunia pada hujung minggu lalu.

Harga minyak bakal merekodkan keuntungan untuk empat hari berturut-turut disokong oleh kenyataan daripada Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu dan sekutu-sekutu OPEC yang komited untuk mengimbangi pasaran minyak mentah.

Penanda aras Global Brent LCOc1 naik sebanyak AS$0.0 7 sen pada AS$ 61.61 setong pada 0106 GMT, manakala West Texas Intermediate pula meningkat AS$0.20 kepada AS$ 56.72 setong.

“Tiada perubahan dalam polisi minyak Arab Saudi dan OPEC. Putera akan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan OPEC dan bukan OPEC,” kata satu kenyataan semalam.

Raja Salman telah melantik anak lelakinya, Putera Abdulaziz bin Salman sebagai Menteri Tenaga Arab Saudi semalam, menggantikan Khalid al-Falih.

Ia merupakan pelantikan kali pertama bagi portfolio itu dalam keluarga diraja.

Bagaimanapun, Putera Abdulaziz bukan orang bahari kerana sudah lama menjadi delegasi Arab Saudi di OPEC.

Beliau pernah membantu melakukan rundingan perjanjian antara OPEC dan bukan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak dunia dalam usaha meningkatkan harga dan menyeimbangkan pasaran. – MalaysiaGazette