unhealthy air Haze API Air Pollutant Index Shah Alam Klang Banting Petaling Jaya PJ
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 127, Klang (119), Banting (122), Johan Setia, Klang (160) dan Petaling Jaya (137) manakala Kuala Selangor menunjukkan bacaan sederhana iaitu 93.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam menunjukkan orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa walaupun jarak pemandangan dikaburi dengan asap jerebu.

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast