TERKINI : MENTERI!!! Tolong Bertanggungjawab – NUFAM

SUBANG JAYA – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) meminta supaya Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bertanggung jawab terhadap nasib krew kabin terutamanya ahli-ahli kesatuan yang ditindas majikan melalui pelbagai cara termasuk pemberhentian kerja secara tidak adil.

NUFAM juga memberikan tempoh 48 jam kepada pengurusan Malaysia Airlines (MAS) dan pemiliknya, Khazanah Nasional Bhd. memohon maaf kepada pekerja-pekerja yang telah diberhentikan.