KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib kesal kerana ada pihak yang mengaitkan amaran polis untuk tidak mengubah suai motosikal Y15ZR atau Ysuku dengan artis.

Ini kerana, katanya, ada yang mendakwa golongan artis yang memiliki Ysuku menganjurkan perlumbaan di lebuh raya semata-mata untuk bertaruh wang ringgit.

“Tengah kecoh pasal operasi Y15 dan dipetik pula nama artis terlibat dalam pengubahsuaian, ya mungkin benda salah, tapi tak faham juga kenapa ada yang nak anjurkan di lebuh raya, siap bertaruh dan letak di media-media sosial. Apa ni?

“Kita orang (artis) tak tunjuk tau benda-benda begitu dan tak buat pun. Kenapa perlu dipertontonkan dan benda itu memang tak bagus pun siap ada taruh duit lagi. Sebenarnya main motor nak kena tunjuk macam tu ya?” katanya.

Isnin lalu, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain memberi amaran supaya  penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ tidak mengubahsuai motosikal tanpa kebenaran kerana menyalahi undang-undang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast