Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – Boris Johnson menafikan telah berbohong kepada Ratu Elizebeth berhubung nasihat penggantungan Parlimen selama lima minggu.

Perdana Menteri Britain itu mengulas perkara berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Sivil Scotland memutuskan penggantungan itu tidak sah.

Ditanya sama ada beliau telah berbohong kepada raja tentang alasan penggantungan Parlimen, Johnson menjawab: “Tidak semestinya.”

Beliau menambah: “Mahkamah Tinggi di England jelas bersetuju dengan kerajaan, tetapi Mahkamah Agung perlu membuat keputusan.”

Kuasa untuk menggantung Parlimen terletak kepada Ratu, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Penggantungan lima minggu bermula awal Selasa lalu sehingga 14 Oktober.

Johnson menegaskan bahawa United Kingdon “akan bersedia” untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober tanpa perjanjian “jika perlu”. – MalaysiaGazette