Wan Saiful Wan Jan.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan melahirkan kebimbangan dengan penahanan penulis blog kontroversi, Wan Azri Wan Deris atau Papagomo dan Wan Shaidi Wan Ibrahim.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, ia tidak sepatutnya berlaku dan menyifatkan penahanan itu sebagai langkah menakut-nakutkan aktivis yang mengkritik kerajaan.

“Satu demi satu pengkritik kerajaan menghadapi tindakan undang-undang. Saya menganggap ini sebagai bukti betapa Malaysia sedang dikembalikan ke zaman gelap di mana rakyat tidak bebas mengkritik kerajaan.

“Penahanan dua orang aktivis media sosial ini adalah untuk menutup mulut mereka, dan untuk menakut-nakutkan aktivis lain yang setia dengan perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian mengulas laporan media berhubung penahanan Papagomo di kediamannya di Putrajaya awal pagi tadi dipercayai berkait kes menipu dan aktiviti pengubahan wang haram.

Peguam, Rafique Rashid Ali berkata, penahanan Papagomo dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman kira-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan berkait dengan kes memanipulasikan nama sebuah syarikat ‘Invoke Solutions’ bagi mengutip dana daripada orang awam.

Penahanan tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu. – MalaysiaGazette

Papagomo ditahan berkait kes tipu kutipan dana

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast