KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati penganjur Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) memasang iklan tiang lampu melebihi daripada yang dibenarkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A. Dahlan berkata, penganjur HPU dikesan memasang sebanyak 295 iklan tiang lampu sedangkan hanya 150 sahaja dibenarkan.

“Sehubungan itu, DBKL akan mengambil tindakan menurunkan iklan-iklan tersebut kerana telah melanggar syarat yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, kekecohan berlaku dalam isu yang sama termasuk melibatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.- MalaysiaGazette