Mike Pompeo. foto Agensi

WASHINGTON – Donald Trump menolak permintaan supaya Setiausaha Negara, Mike Pompeo dilantik sebagai Penasihat Keselamatan negara.

Katanya, beliau mempunyai kira-kira 15 orang calon untuk menggantikan John Bolton.

Kenyataan itu dibuat selepas terdapat perbincangan dalam kalangan pegawai White House yang mencadangkan Pompeo memegang dua jawatan termasuk sebagai pengganti Bolton.

Trump berkata, beliau sudah berbincang dengan Pompeo tentang cadangan berkenaan tetapi Setiausaha Negara itu “lebih suka jika ada orang lain bersamanya”.

Menurut Presiden Amerika Syarikat, pengganti Bolton akan dimaklumkan pada minggu depan.

Senarai yang dipertimbangkan itu sebahagian besarnya terdiri dalam kalangan konservatif yang boleh dipercayai dengan hubungan kukuh dalam pentadbiran utama Trump, menurut beberapa sumber.

Salah seorangnya, Keith Kellogg, bekas pegawai kanan tentera, adalah antara yang dinamakan, selain sebahagian wakil utusan Iran di Jabatan Negara, Brian Hook, bekas wakil penasihat keselamatan negara White House, Rick Waddell dan duta Amerika Syarikat ke Jerman, Richard Grenell. – MalaysiaGazette