TERKINI : Tiada Lagi Jualan lesen, Kontrak dan AP – Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan tidak akan lagi membenarkan penjualan Lesen Import (AP), lesen dan kontrak kepada pihak ketiga.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu bagi mencapai objektif dasar jangka panjang hala tuju ekonomi negara berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.

Beliau berkata, selepas ini hanya mereka yang layak dan berkebolehan sahaja akan diberikan lesen, kontrak dan AP daripada kerajaan.