NEW YORK – Seorang guru wanita sekolah Katholik yang masih bujang dipecat kerana keengganan untuk menggugurkan kandungannya.
Pengurusan sekolah itu mendakwa guru yang masih belum bersuami yang hamil itu berdegil untuk tidak menggugurkan kandungan.
Michelle Bolen telah memfailkan saman malu terhadap tindakan sekolah berkenaan.
Dia menamakan paderi sekolah Katholik St.Therese di Bandaraya Kansas sebagai defendan pertama.
Peguambela Michelle memuji wanita itu yang bertegas tidak menggugurkan kandungannya.
Namun paderi Joseph Cisetti mendakwa tindakan Bolen bertentangan dengan ajaran dan dasar sekolah selain tidak mahu menanggung malu akibat skandal guru yang tidak berumahtangga itu.
“Kehamilan Bolen bukan masalah kami, kebimbangan kami adalah soal perkahwinan,” katanya.
Bagaimanapun peguam Michelle, Keenan berkata, pemecatan Bolen adalah satu pencabulan Akta Keguguran 1986 yang melindungi wanita daripada dipecat kerana keengganannya mengugurkan bayi dala kandungan.
Namun peguam mewakili sekoleh berkenaan mendakwa khidmat perguruan Bolen adalah besifat kontrak dan bukannya tetap.- MalaysiaGazette