Dokumen dan wang tunai yang dirampas bersama seorang lelaki pegawai Imigresen dan wanita di KLIA semalam

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pegawai Jabatan Imigresen bersama wanita warga negara China semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedua-duanya kemudiannya disyaki terlibat cubaan membawa masuk warga asing ke negara ini.

Laporan polis berkata, semasa kejadian sekitar 1.30 petang semalam, seorang anggota polis yang membuat rondaan bersama rakannya telah menahan kereta sedan Hyundai Sonata berwarna silver nombor pendaftaran BHC 2920 dalam keadaan mencurigakan di aras 1 MTB KLIA lorong kanan bersebelahan parking blok C/D .

Menurut laporan anggota berkenaan, pemandu kereta tersebut seorang wanita, Tan Choo Hoon, 45, beralamat di Pekan, Pahang yang bekerja sebagai pakar perunding syarikat dan menemui kotak plastik peralatan berwarna kelabu di bawah tempat duduk depan.

“Hasilnya, sebuah beg galas warna hitam diserahkan oleh wanita tersebut dan pemeriksaan dalam kotak berjaya menjumpai 120 keping wang tunai RM50 bernilai RM6,000, wang syiling pelbagai nilai yang berjumlah RM16, 00,dua keping dokumen perjalanan China atas nama Li, Lao San, Hou, Yao Zong dan sekeping keping pasport Indonesia atas nama Udayandani, sekeping kad pengenalan MyPR warna merah bernama Ricardo Cabangaan.

Katanya, turut ditemui sebanyak 152 keping pelekat tertulis Jabatan Imigresen Malaysia berwarna hijau muda dengan pelbagai nombor siri.

Selain itu sebanyak 12 keping pelbagai cop imegresen keluar masuk negara Malaysia, dua keping stamp pad warna hitam dan merah, sebuah beg kecil berwarna biru hitam terdapat dalam beg galas yang sama.

Selain itu, wang tunai berjumlah RM2,702.85, pelbagai nilai (RM100.00 x 24 keping) ( RM50.00 x 6 keping) dan wang syiling pelbagai nilai, sebuah SD card hitam, tiga telefon bimbit jenis xioami,Huawei jenis MATE 20 Pro ber, NOVA 2 I warna hitam juga dirampas.

“Kemudian datang seorang lelaki berusia 40 tahun ke lokasi pemeriksaan kenderaan itu sebelum memperkenalkan sambil mengakui dirinya seorang pegawai imigresen yang tidak berada dalam tugas ketika kejadian dan mengaku kereta jenis Hyundai Sonata yang dipandu wanita Cina adalah miliknya termasuk kotak plastik peralatan berwarna kelabu di bawah tempat duduk penumpang depan,” kata kertas laporan polis yang sama.

Tambah anggota polis itu, lelaki yang mengakui dirinya pegawai imigresen itu juga mengakui tiga keping passport yang ditemui dalam kotak adalah milik rakan kenalan beliau yang kini berada di luar Malaysia dan akan masuk ke negara ini.

“Kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan untuk siasatan lanjut polis di lapangan terbang itu.

“Semakan rekod didapati lelaki dan wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah dan semakan pada Hyundai Sonata yang dipandu wanita itu didapati nombor casis dan nombor enjin tidak sama dengan nombor pendaftaran dan nombor casis asal yang didaftarkan.

“Mereka bersama kenderaan dibawa balik ke Balai Aeropolis KLIA untuk tindakan selanjutnya,” tegas laporan itu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.