TERKINI : PH Tak Gusar “Perkahwinan” Penyatuan Ummah UMNO-Pas – Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak gusar akan ‘perkahwinan’ antara Pas dan UMNO kerana berpendapat kerjasama itu hanya bertujuan politik semata-mata.

“Itu satu dinamika dalam politik. PH tidak perlu gusar kerana parti politik pembangkang perlu ambil langkah untuk terus hidup. Mereka tidak ada apa yang nak ditawarkan cuma konsep penyatuan ummah sahaja.