Rodrigo menjaringkan gol tunggal yang juga kemenangan Valencia menentang Chelsea di Stamford Bridge dalam aksi pembukan kumpulan H Liga Juara Juara Eropah awal pagi tadi.

LONDON – Kemunculan semula Chelsea dalam kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini berakhir dengan kekecewaan apabila tersungkur di halaman sendiri kepada Valencia.

Dalam aksi pembukaan Kumpulan H di Stamford Bridge, skuad kendalian Frank Lampard kalah tipis 0-1.

Chelsea mampu menytamakan kedudukan namun Ross Barkley gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit minit akhir perlawanan.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada babak pertama sebelum kelab La Liga itu membuka jaringan pada minit ke-74 menerusi Rodrigo.

Ia merupakan kekalahan kedua Chelsea daripada 42 penampilan Liga Juara-Juara Eropah di gelanggang sendiri.

Kali terakhir the Blues kalah di halaman penonton sendiri ialah pada 2013, di tangan Basel.

Lampard merupakan pengurus Chelsea yang pertama kalah dalam aksi pembukaan Liga Juara Juara Eropah di tempat sendiri. – MalaysiaGazette