Serpihan dron dan peluru berpandu yang digunakan menyerang dua kemudahan minyak Arab Saudi didakwa dari Iran. foto Agensi

RIYADH – Kementerian Pertahanan Arab Saudi mendedahkan serpihan dron dan peluru berpandu membuktikan penglibatan Iran dalam serangan di dua kemudahan minyak mentahnya pada Sabtu lalu.

Menurutnya, sebanyak 18 dron dan tujuh peluru berpandu telah dilepaskan dari Yaman sebagai sumber.

Pemberontak Houthi sebelum ini mengakui melakukan serangan tersebut.

Namun, Iran menafikan sebarang penglibatan dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak balas terhadap sebarang serangan yang mensasarkannya.

Amerika Syarikat (AS) pula mempertahankan tuduhannya bahawa Iran terlibat dalam serangan tersebut.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang tiba di Arab Saudi pada hari Rabu berkata, serangan dron ke atas kemudahan minyak itu merupakan tindakan perang.

Presiden Donald Trump berkata,b AS mempunyai “banyak pilihan” untuk tindak balas.

“Terdapat pilihan utama, dan terdapat banyak pilihan yang kurang daripada itu. Dan kita akan lihat, kita berada dalam kedudukan yang sangat kuat,” katanya.

Bukti serangan dron dan peluru berpandu itu dibentangkan oleh Kolonel Turki al-Maliki.

Serangan itu dilancarkan dari utara dan “tidak disangkal oleh Iran”.

Bagaimanapun, Kolonel Maliki berkata, Arab Saudi masih “berusaha untuk mengenal pasti lokasi tepat pelancaran serangan”.

Tambahnya, serpihan-serpihan itu menunjukkan sayap delta dron menunjukkan ia dari Iran.

“Data melalui komputer mendedahkan dron dari Iran,” kata Maliki.

Ujar beliau, sebanyak 18 dron telah dilepaskan ke arah kemudahan minyak Abqaiq dan tujuh peluru berpandu dilancarkan pada dua sasaran.

Peluru berpandu membedil medan minyak Khuarais dan tiga lagi di Abqaiq. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast