Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Sekolah satu aliran didedahkan antara resolusi Kongres Maruah Melayu yang akan dianjurkan oleh bekas-bekas pemimpin UMNO yang lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kongres itu dijadual berlangsung awal bulan depan.

Resolusi lain yang akan dimasukkan ialah Islam sebagai agama rasmi bukan lagi agama Persekutuan dan Perdana Menteri mesti orang Melayu, dedah Datuk Dr Puad Zakarshi.

Bagaimanapun, secara sinikalnya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu meminta penganjur jangan temberang dengan resolusi sekolah satu aliran jika isu tulisan khat pun tidak dapat diselesaikan.

“Kalau isu tulisan khat dan jawi pun tidak boleh selesaikan, maka jangan temberanglah untuk melaksanakan sekolah satu aliran,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa penganjur kongres berkenaan memperalatkan lima universiti dalam penganjuran tersebut.

Dakwanya, universiti-universiti itu termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Setiap universiti berkenaan akan menjadi venue kepada setiap kluster sebelum berkumpul di Axiata Bukit Jalil untuk mendengar amanat dari Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Puad.

Beliau juga  terus mengasak mengapa kongres yang diusahakan oleh orang dalam PPBM tidak berani menggunakan nama parti itu.

“Takut DAP lari dan tuduh PPBM rasis?,” soalnya. – MalaysiaGazette