Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) Sabtu lalu bukan untuk memperjuangkan Melayu, Islam atau raja-Raja Melayu sebaliknya ia bertujuan menyelamatkan UMNO daripada musnah dan mengelak pemimpinnya dipenjara kerana melakukan penyelewengan.

Veteran politik itu juga menyifatkan kerjasama Pas dan UMNO yang membentuk Piagam Muafakat Nasional itu sebagai memberi peluang kepada Pas untuk berperanan sebagai ‘Big Brother’ dan menjadi penyelamat UMNO kleptokrasi.

“Ia juga memberi peluang julung-julung kali kepada presiden Pas untuk menjadi perdana menteri yang mana beliau telah dalam dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di laman blognya hari ini.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa, untuk mencaapai matlamat tersebut, gabungan Pas-UMNO perlu mewujudkan ketakutan dan kebencian yang tidak berasas dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam yang merupakan pengundi terbesar di Semenanjung Malaysia.

Katanya, senario itu telah mewujudkan buat pertama kalinya dalam negara yang merdeka di mana bangsa Melayu dan agama Islam berasa terancam dan pada masa yang sama mereka seolah-olah lupa kepada tiga perkara asas.

Beliau membangkitkan perkara pertama dengan menarik perhatian mengenai fakta siapa di dalam kerajaan selama enam dekad dan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan dapat membetulkan segala kesilapan UMNO dalam tempoh setahun, dua tahun atau lima tahun.

Kit Siang berkata, UMNO bukannya mengangkat bumiputera tetapi mencipta UMNO-putra sehingga ke satu peringkat melahirkan kleptokrat global yang pertama dalam skandal 1MDB.

Beliau kemudian menamakan pembohongan yang dicipta bahawa DAP anti Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu sedangkan parti itu telah berkali-kali untuk tempoh lima dekad telah menyatakan komitmen dan sokongan terhadap Perlembagaan Malaysia terutamanya berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam agama rasmi dan raja perlembagaan di Malaysia.

Katanya, komitmen dan sokongan itu dinyatakan dalam setiap kerjasama yang dijalin parti itu baik dalam Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan yang terbaharu Pakatan Harapan.

“Ketiga, realiti demografik di Malaysia yang menjamin bahawa orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa politik walau apa pun terhadap kepada UMNO atau Pas dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau turut merujuk data penduduk yang mana pada 1957 populasi terdiri daripada Melayu (53 peratus), CIna (35 peratus), India (11 peratus) dan lain-lain (1 peratus).

Katanya, pada 2010 peratus penduduk Melayu meningkat kepada 55 peratus manakala Cina menurun kepada 24.34 peratus, India jatuh kepada 7.35 peratus, bukan bumiputera kekal pada 11.94  peratus dan lain-lain 1.3 peratus.

Beliau turut menunjukkan unjuran pada 2040 di mana peratusan bumiputera dijangka meningkat kepada 72.1 peratus, populasi Cina menurun kepada 20 peratus dan India jatuh 6.4 peratus manakala lain-lain pada paras 1.5 peratus. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kit Siang tak perlulah sebok hal Ukwah UMNO -PAS, kerajaan PH bukan elok sangat pun. Sudah hampir 2 tahun masih tak stabil lagi. Fikirkanlah macamana nak tingkatkan ekonomi negars tanpa menyudahkan rakyat.

  2. Kit Siang tak perlulah sebok hal Ukwah UMNO -PAS, kerajaan PH bukan elok sangat pun. Sudah hampir 2 tahun masih tak stabil lagi. Fikirkanlah macamana nak tingkatkan ekonomi negara tanpa menyusahkan rakyat.

Comments are closed.