Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang masih terjejas akibat jerebu. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Johan Setia, Klang masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 213 sangat tidak sihat setakat jam 7 pagi ini.

Sementara itu, sebanyak 39 lagi kawasan merekodkan IPU tidak sihat.

Di Kedah, hanya Langkawi merekodkan IPU tidak sihat (106).

Manakala di Pulau Pinang pula, IPU di Minden 110 serta Balik Pulau 141, lebih baik dari semalam.

Di Perak, Taiping merekodkan IPU 111, Tasek Ipoh (156), Pegoh Ipoh (133) dan Seri Manjung (136) serta Tanjung Malim (173).

Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing dengan IPU 139 dan 153.

IPU di Putrajaya 174.

Di Selangor pula, bacaan IPU Kuala Selangor 185, Petaling Jaya 165, Shah Alam 171, Klang 158 dan Banting 148.

Nilai, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan pula mencatatkan IPU 188, 157 dan 143.

Di Melaka, Alor Gajah yang merekodkan IPU tidak sihat dengan bacaan 132, Bukit Rambai 135, Bandaraya Melaka 129.

Di Johor, IPU di Segamat (153), Batu Pahat (117), Kluang (111), Larkin (127), Pasir Gudang (117), Pengerang (108), Kota Tinggi (105) dan Tangkak (126).

Di Pahang, Rompin merekodkan IPU 142, Temerloh 136, Jerantut 116, Indera Mahkota Kuantan 159 dan Balok Baru Kuantan 154

Kemaman, Paka dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing dengan bacaan IPU 155 dan 134 serta Kuala Terengganu 131.

Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan masing-masing mencatatkan IPU 110 dan 102.

IPU Sri Aman di Sarawak pula 153.

Jerebu yang melanda negara sejak bulan lalu susulan kebakaran ladang di Kalimantan dan Sumatera. – MalaysiaGazette