KUALA LUMPUR – Model jelita dari Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko yang juga bekas isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada Istana Kelantan.

Ucapan takziah itu disampaikan Rihana di atas kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Sultan Ismail Petra awal pagi ini, menerusi Instagram miliknya ‘rihanapetra’.

“Nenda Leon, Sultan Ismail Petra meninggal hari ini… Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un,” ucap beliau di Instagram.

Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada November 2018.

Julai lalu, Rihana dan Sultan Muhammad V disahkan bercerai talak tiga menerusi firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP.

Firma berkenaan melalui peguamnya, Koh Tien Hua memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah. -MalaysiaGazette