KUALA LUMPUR – Ahli kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul dimasukkan ke hospital selepas disyaki mengalami jangkitan dalam usus.

Jangkitan tersebut menyebabkan Fakhrul berdepan simptom sakit perut yang teruk dan demam sejak Jumaat lalu.

Menerusi Instagram (IG), pentadbir akaun rasmi UNIC berkongsi gambar ketika dia sedang terlantar di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya.

“Mohon semua doakan kesihatan Krol. Sakit perut ditahan di hospital,” tulis IG UNIC itu. – MalaysiaGazette