Timbalan Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Kamarudin Kumaravel Abdullah

KUALA LUMPUR – Pemberian dividen serendah dua peratus oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun kewangan 2018 disifatkan sebagai satu perkara yang tidak munasabah.

Timbalan Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor, Datuk Kamarudin Kumaravel Abdullah mendakwa, perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Sejak 36 tahun dahulu bekas tentera memang dapat dividen tinggi. Bagaimanapun sebelum PRU-14 jumlah dividen menurun sedikit sehingga 12 peratus sahaja.

“Tetapi selepas pentadbiran kerajaan bertukar, dividen semakin menurun sehingga menjadi dua peratus dan ia sememangnya tidak masuk akal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamarudin Kumaravel yang juga Pemangku Ketua Penerangan Ikatan Selangor berkata, dibawah LTAT terdapat banyak koperasi antaranya Perwira Niaga Malaysia (Pernama) yang merupakan sebuah koperasi dibawah LTAT dan masih lagi kekal serta dengan berjalan lancar.

Katanya, dengan adanya koperasi Pernama serta prestasi yang memberangsangkan mustahil ia boleh menyebabkan LTAT mengalami kerugian.

“Tak munasabah LTAT boleh rugi keraan ia dijaga oleh orang yang berpangkat tinggi seperti general dan sebagainya. Saya tak setuju apa mereka kata,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin Kumaravel mempersoal langkah kerajaan Selangor memperkenal Skim Pemberian Air Percuma hanya kepada penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000.

Katanya, langkah itu tidak patut kerana pemberian air percuma sepatutnya dijadikan legasi terbaik selepas ditinggalkan oleh bekas menteri besar terdahulu, Tan Seri Khalid Ibrahim.

“Kenapa seorang menteri besar (Amirudin Shari) nak turunkan. Sepatutnya kekalkanlah sahaja kerana ia baik untuk rakyat. Sebagai anak jati Selangor saya perlu bersuara,” ujarnya.

Akhir bulan lalu, Amiruddin dipetik berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma pada 23 November lalu bagi mencapai matlamat sebenar meringankan beban kumpulan sasar yang memerlukan dan layak.

Keputusan itu diambil di atas faktor peningkatan jumlah penduduk yang memberi kesan besar kepada jumlah kewangan dibelanjakan bagi menampung subsidi bantuan tersebut.

Skim itu menyasarkan pengguna domestik yang mempunyai meter individu selain syarat kelayakan iaitu pengguna di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal adalah sama, namun permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kwap kena tipu 4 bilion mana nak cari deviden tinggi lagi . saham felda kpf kenapa kau tak tengok .dulu deviden boleh capai 18% masa ph merintah ni tinggal berapa. felda global tu ph punya kerja ke .

Comments are closed.