Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menegaskan tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula Pengendalian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3).

Ini kerana kertas peperiksaaan PT 3 setara standardnya dengan peperiksaan akhir tahun.

PT3 merupakan pentaksiran pusat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 ditadbir oleh sekolah berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

PT3 merupakan komponen akademik dalam PBS pada peringkat menengah rendah yang dilaksanakan sevara perkongsian akauntabiliti antara LP dan pihak sekolah, kata kenyataan KPM hari ini.

KPM seterusnya memberi jaminan sentiasa komited memastikan keadilan kepada calon dan kesahihan keputusan PT3 yang dijalankan mengikut kaedah dan prosedur standard yang digunapakai.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan PT3 akan dilaksanakan pada 7 Oktober ini bagi mata pelajaran Science, Pendidikan Islam dan Al-Syariah manakala 8 Oktober bagi mata pelajaran Sejarah, Maharat al-Quran Kertas 1 dan Usul al-Din.

Bagi 9 Oktober pula bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.- MalaysiaGazette