NEW YORK – Bernie Sanders salah seorang calon presiden Amerika Syarikat parti Demokratik mengalami serangan jantung.
Pemimpin berusia 78 tahun itu sedang berkempen ketika kejadian pada Selasa lalu sebelum mengalami rasa tidak selesa pada dada dan menahan sakit.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan serangan jantung.
Senator berkenaan segera menjalani pembedahan yang mana doktor pakar jantung Hospital Las Vegas memasukkan dua stand untuk membuka saluran arteri darah pada jantung yang tersekat akibat gagal mendapat oksigen atau peredaran darah.
Doktor berkata dia telah dibenarkan pulang ke rumah dan beransur pulih.
Sanders dilaporkan akan kembali berkempen tidak lama lagi.
Pasukan politiknya dalam satu kenyataan semalam berkata, ahli politik berkenaan merakamkan penghargaan kepada pakar, jururawat dan kakitangan hospital LA yang merawatnya.
“Selepas dua setengah hari di hospital, saya rasa sihat dan mahu kembali memulakan kempen saya,” katanya.
Minggu lalu dia menarik diri dari rancangan kempen di California Selatan kerana hilang suaranya akibat berceramah tanpa rehat. -MalaysiaGazette