Arkib: Keadaan di Kashmir, India

SRINAGAR, India- Satu serangan bom tangan di bandar Anantnag, selatan Kashmir menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang awam tercedera hari ini, kata polis.

Seorang pegawai polis memberitahu Reuters, letupan yang berlaku berhampiran pejabat kerajaan itu menyebabkan tujuh orang tercedera, termasuk seorang pegawai polis dan seorang wartawan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama mangsa kerana tidak mempunyai kuasa untuk bercakap dengan media. -Agensi