Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (tengah) hadir pada Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, petang ini, membuktikan kedudukan kewangan negara masih kukuh.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kementerian Kewangan telah menyediakan bajet yang mencerminkan kekukuhan pentadbiran negara.

“Ramai berpendapat kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berpengalaman (mengurus kewangan) dan tidak mungkin dapat mentadbir (kerajaan) dengan baik, tapi apa yang kita dengar tadi (Belanjawan 2020) peruntukan diberi hampir kepada semua pihak.

“Ini (menunjukkan) kedudukan kewangan kita masih kukuh. Saya berpendapat Menteri Kewangan telah menyediakan bajet yang mencerminkan kekukuhan pentadbiran negara,” katanya pada sidang media Belanjawan 2020 di Parlimen, hari ini.

Guan Eng mengambil masa 2 jam 30 minit membentangkan Belanjawan 2020 yang bermula kira-kira jam 4 petang tadi.

Mengenai peruntukan Sabah dan Sarawak, Dr. Mahathir berkata, kerajaan PH menambahnya mengikut keperluan sehingga lebih besar dari peruntukan untuk Semenanjung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast