Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelajar Tingkatan Empat tahun depan tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,” katanya kepada Sinchew Daily.

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dalam kelas dan keputusan PT3 mereka juga boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek.

“Guru kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan,” katanya.

Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi untuk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan,  Maszlee Malik pernah mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Ini menyusahkan guru guru sekolah. Haish, dah tahu soalan bocor PT3 dah release,susah payah pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki aliran yang mereka inginkan tiba tiba announce macam ni. INI ADALAH SATU PENGKHIANATAN TERHADAP GURU GURU SEKOLAH. TEO NIE CHING AKU DOAKAN KAU MATI CEPAT.PERGI MAMPUS LAH CINA DAP LAKNATULLAH BERSAMA ORANG CINA DAP YANG LAIN KERANA KAMU SEMUA AKAN AKU SEMBELIH DENGAN TANGAN SENDIRI.KAU TENGOKLAH NANTI AKU TAKKAN MAAFKAN KORANG SEMUA

    • Awak ni mesti pembangkang, saya ni guru dan setuju dgn perubahan ini. Murid selama ini selalu dipaksa ambil bidang sains sdgkn mereka mahu ambil sastera akhirnya mereka kandas. Sistem baru ini sgt lah dialu-alukn oky!

  2. Sistem baru ini dengan jayanya akan mengasingkan pelajar melayu dgn lain-lain bangsa kerana bangsa melayu kurang gemar utk belajar subjek yg sukar spt add maths, fizik, Kimia dan bio… Jadi akan terang lagi bersuluh 10-20 tahun dari sekarang bangsa melayu akan kurang menjadi doktor, engineer dan saintis… Sungguh menyedihkan….

    Lebih elok terus masukkan para pelajar terus ke bidang kegemaran seperti Perubatan, kejuruteraan, ekonomi, pengurusan, undang-undang dgn subjek asas sbg teras utk kemasukkan ke University… Cadangan sahaja jgn marah saya 🙂

    • maksudnya kita mesti paksa mereka masuk bidang sains utk memastikan mrk jd doctor engineer lah ye….tp kalau mrk tak minat, mrk akan bertukar ke bidang lain juga akhirnya, walaupun sudah graduate. Ramai je Budak melayu yg minat sains skg…

      • Bukan paksa… Minat pelajar kepada sesuatu pekerjaan sudah terserlah semasa pelajar di sekolah menengah… Belajar ikut minat dulu sekiranya tak boleh carry then tukar ikut kemampuan masing-masing…

Comments are closed.