Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memagar terus kawasan perumahan setinggan di dalam kawasan izinlalu talian penghantarannya di Pandan Jaya, Selangor.

Kawasan tersebut telah beberapa kali mengalami kejadian kebakaran, seperti dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, semalam.

TNB dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kerja-kerja memagar kawasan itu akan dilakukan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Tanah Daerah (PTD) Hulu Langat, Selangor dan pihak berkuasa yang berkenaan.

Ia akan dilaksanakan setelah penduduk setinggan dipindahkan bagi memastikan pembinaan rumah setinggan yang baharu tidak berlaku, kata Chief Grid Officer TNB, Datuk Ir. Husaini Husin.

“Perkara ini sememangnya dalam perhatian kami dan telah pun dibincangkan bersama EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Selangor, YB Tuan Ir Izham Hashim, pihak DBKL, PTD, MPAJ dan beberapa agensi lain sebelum ini,” katanya.

Kawasan setinggan yang telah wujud sejak tahun 1970-an di bawah rentis TNB itu telah terbakar beberapa kali dengan yang terbaharu pada 17 Jun 2019.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast