Tiga kediaman ditenggelami air selepas Sungai Chikuma melimpah keluar. foto Agensi

DATE – Pasukan mencari dan penyelamat Jepun sedang mengesan individu yang hilang susulan taufan Hagibis, yang mana jumlah kematian mangsa bencana alam itu sudah mencecah 74 orang.

Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia disebabkan dihanyutkan oleh banjir selepas 52 sungai melimpah keluar.

Setakat ini, 22 orang dilaporkan hilang manakala 220 lagi cedera selepas taufan tersebut melanda Jepun pada hujung minggu lalu.

Penduduk di daerah Fukushima, menyaksikan jumlah kematian paling tinggi, selain kerosakan harta benda.

Kebanyakan warga emas masih diletakkan di lokasi selamat.

Di bandar Date, tidak jauh dari lokasi bencana nuklear pada tahun 2011, seorang petani, Masao Hirayama memberitahu, banjir mencecah kedalaman 2 meter menyebabkan dia dan anak lelakinya diselamatkan oleh bot dan dibawa ke pusat penempatan sementara.

Hirayama yang rasa tertekan kerana rumah-rumah hijau dan kelengkapan pertaniannya turut dibawa air.

“Yang tinggal hanya tanah,” ujar beliau.

Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 710 juta yen (AS$6.5 juta) untuk bantuan bencana. – MalaysiaGazette