Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media semasa hadir di lobi Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya lebih mengetahui tentang dakwaan wujudnya gerakan mahu menubuhkan kerajaan baharu tanpa Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Ditanya sama ada Hishammuddin pernah menyuarakan perkara tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengesahkannya sebaliknya dengan ringkas berkata bekas Menteri Pertahanan itu sepatutnya lebih mengetahuinya.

Ditanya lagi responnya terhadap penafian Hishammuddin pagi tadi, Anwar  menyifatkan perkembangan tersebut sebagai berita baik.

“Daripada Hisham (dapat maklumat).

“Tak (Hishammuddin tak beritahu). Mereka mesti tahu, dia (Hishammuddin) patut nafi atau sahkan.

“Kalau dia nafi, ia berita yang baik,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Sembrong terdahulu menganggap dakwaan Pakatan Harapan bahawa wujud gerakan penubuhan parti baharu yang didalanginya sebagai tidak masuk akal, kerana  beliau selain tidak memegang jawatan penting dalam UMNO kini dalam masa yang sama tidak mempunyai pengaruh untuk berbuat sedemikian.

Justeru katanya ia merupakan tindakan  menjadikan parti pembangkang sebagai kambing hitam susulan masalah dalaman yang dihadapi gabungan tersebut.

Begitu juga menyangkal tuduhan mengatakan cuba menghalang Anwar menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar kemudian turut menafikan telah membuat tuduhan kepada Hishammuddin.

Beliau juga dilihat enggan mengulas lanjut isu itu secara lanjut.

“Saya tak cakap,” katanya.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.