Satu pembentangan yang silap mengenai China apabila Christian Dior tidak memasukkan Taiwan sebagai wilayah negara itu. foto Agensi

PARIS – Christian Dior memohon maaf kepada China selepas ia menggunakan peta negara itu kerana tersilap faham wilayah negara itu.

Jenama Perancis itu dikritik dalam media sosial China selepas seorang individu melaporkan ia menggunakan peta China tanpa memasukkan Taiwan.

Taiwan memerintah sendiri negara itu sejak tahun 1950-an tetapi ia masih menjadi sebahagian China.

Dior memohon maaf atas kesilapan pembentangan yang dilakukan oleh kakitangannya.

“Syarikat ini memohon maaf di atas insiden yang berlaku pada 16 Oktober 2019 semasa seorang kakitangan pasukan Sumber Manusia Dior membuat pembentangan dan dia melakukan kesalahan dan memberi penjelasan tidak tepat,” kata Dior dalam satu kenyataan.

Isu itu tercetus selepas satu video Online mendakwa kakitangan Dior memberi penerangan di sebuah universiti di China dan menunjukkan peta.

Perkara itu mendapat perhatian di sosial media apabila banyak pihak mendakwa Dior tidak menghormati tuntutan wilayah China.

Christian Dior juga telah melakukan siasatan wajar dan akan menangani perkara itu dengan serius. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast