Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu ke atas Cuba berhubung hak asasi manusia dan sokongannya terhadap kerajaan Venezuela, kata Jabatan Perdagangannya.

Dalam satu kenyataan, jabatan tersebut berkata, AS akan menghadkan akses Cuba kepada pesawat komersial dengan menarik semula lesen-lesen pajakan pesawat sedia ada yang telah diberikan kepada syarikat penerbangan milik negara itu sebelum ini.

Ia juga akan menolak permohonan pajakan pesawat pada masa hadapan.

AS juga akan meluaskan sekatan merangkumi lebih banyak barangan asing yang mengandungi bahan-bahan dari AS dan mengenakan sekatan tambahan terhadap eksport kepada kerajaan Cuba, kata kenyataan itu.

“Tindakan daripada Jabatan Perdagangan ini menghantar satu lagi mesej jelas kepada rejim Cuba- mereka perlu menghentikan sikap destruktif sama ada di dalam atau luar negara secara serta-merta,” kata Setiausaha Perdagangan AS, Wilburr Ross.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez memberi maklum balas melalui Twitternya dengan mengatakan tindakan itu merupakan “langkah menambah sekatan ekonomi adalah bukti kepada kemuflisan moran sebuah dasar terasing antarabangsa yang dipromosikan oleh sebuah kerajaan yang korup.”- MalaysiaGazette