Uefa telah membuat ketetapan untuk tidak membenarkan sebarang perlawanan antara Rusia dan Kosovo di masa akan datang di bawah kesatuan itu atas faktor keselamatan.

SWITZERLAND- Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) bercadang untuk tidak membenarkan aksi Kelayakan Wanita Euro 2021 antara Rusia dan Kosovo selepas mengambil kira faktor keselamatan.

Rusia sehingga hari ini tidak mengiktiraf Kosovo sebagai negara merdeka sejak Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia pada tahun 2008.

Rentetan itu Rusia berjaya meminta aksi menentang Kosovo yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 4 OktoberĀ  ditangguhkan dan dijadualkan semula 9 Jun 2020 di tempat neutral di luar kedua-dua negara itu.

Bagaimanapun badan berkuasa bola sepak Eropah itu berkata pihaknya tidak boleh membiarkan kedua-dua pasukan bersemuka selepas ini dalam sebarang perlawanan di bawah kendalian UEFA sehingga notis atau arahan lanjut menyusul.-MalaysiaGazette