PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sembilan anggota polis ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, anggota berusia 23 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula pukul 10.30 malam.

“Kesemua mereka ini ditahan atas kesalahan berada dalam pusat hiburan dipercayai sedang berhibur.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka adalah negatif,” katanya ketika diihubungi hari ini.

Beliau berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap kesemua anggota ditahan kerana melanggar arahan dan larangan daripada mengunjungi pusat hiburan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia mengunjungi tempat-tempat hiburan bagi mengelak sebarang amalan rasuah. – Bernama

1 Komen

  1. RASUAH Boleh Dilakukan DiMANA2!Bukan ditempat Hiburan SAJA,Didalam Pejabat Pentadbiran punADA,Jadi Semua Kena BERTINDAK.

Comments are closed.