KUALA LUMPUR – Pelik sekali kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan sayap Sosilias Muda DAP (DAPSY) tampil menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

Komik itu juga dikaitkan dengan Hew Kuan Yau yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ dalam kalangan ahli DAP secara amnya.

Kata pengantar dalam komik tersebut pula dittulis oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang salinannya turut dihantar kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Persoalan tersebut telah ditimbulkan oleh Exco Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Kebangsaan, Mathis Sarawanan yang jelas ‘keliru’ dengan perkara tersebut.

“Kalau tidak mewakili pendirian DAP, mengapa Setiausaha Agung DAP yang secara umum juga tahu adalah Menteri Kewangan boleh pula menulis kata pengantar bagi komik tersebut?

“Saya bukan cakap sesuka hati, anda boleh lihat dengan sendiri. Jika itu bukan sesuatu yang telah di tulis oleh Guan Eng, adalah lebih baik beliau segera tampil mengatakan ada pihak telah mempergunakan nama beliau.

“Apa yang menjadi kebimbangan saya ialah tindakan Guan Eng ini sebenarnya melibatkan hubungan dua hala negara. Apabila seorang anggota pentadbiran kanan kerajaan seperti Menteri Kewangan memberikan prakata seperti itu, apa maknanya?

“Adakah ianya bersamaan dengan memperakui kandungan komik itu sebenarnya adalah pendirian bukan sahaja DAP sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat (PH), jika saya salah tolonglah betulkan kerana ini adalah perkara serius dan bukan boleh di buat main seperti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Beberapa hari lepas, Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menolak dakwaan mempunyai  kaitan dengan pengurusan Muzium Kebudayaan Komik Asia yang menyebar komik didakwa berbentuk propaganda diedarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan di negara ini.

Malah Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee mendakwa, kandungan komik berkenaan tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY.

“Kandungan komik tersebut adalah perspektif peribadi pengarang hasil inisiatif Asia Comic Culture Museum. Sama ada perspektif tersebut adalah benar atau tidak benar adalah bergantung kepada tafsiran pembaca. 

“Walaubagaimanapun, isi kandungan komik tersebut tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY,” tegas Howard.

KDN siasat pengarang, penerbit komik – Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas mendakwa bahawa komik berkenaan yang menyebarkan propaganda komunis dan DAP  diedarkan secara percuma di sekolah.

Mathis yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Bayan Baru juga memberi peringatan supaya pimpinan PH khasnya DAP supaya tidak menuding jari sesekali berani menuding kepada Barisan Nasional (BN) dalam perkara ini.

“Memang satu kebiasaan untuk cuba pusing fakta atau tuding jari kononnya semua adalah salah kerajaan terdahulu. Sudah-sudahlah. Rakyat sudah muak dengan ‘drama’ kamu.

“Lagi kamu tuding jari, lagi menyampah rakyat kepada kerajaan PH kerana banyak sangat pusingan ‘U’.

“Jangan cuba pusing isu khususnya dengan menyalahkan BN atau apa sekali kerana semua ini terjadi akibat kegagalan DAP sendiri untuk mengurus gerak kerja ahlinya sendiri,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Komik bukan hadiah rasmi, Tun M tak pernah benarkan edar ke sekolah

Haramkan penerbitan komik, DAP harus bertanggungjawab

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast