Tony Kroos menjaringkan gol tnggal dalam penampilan ke-100 membantu Real merekodkan kemenangan pertama menentang Galatasaray di awal pagi tadi.

TURKI – Real Madrid berjaya merekodkan kemengan julung mereka dalam aksi Liga Juara Juara Eropah musim ini selepas menang tipis ke atas Galatasaray awal pagi Rabu.

Gol tunggal Tony Kroos muncul sebagai penyelamat pasukan serta mengurangkan tekanan Zinadine Zidane selama ini ekoran aksi tidak menentu yang dipamerkan pasukan di liga domestik dan Eropah sejak awal musim ini.

Kelab gergasi La Liga Sepanyol itu kalah mengejut kepada Mallorca dalam aksi Ahad lalu.

Malah the Galacticos juga gagal menang dua aksi pembukaan peringkat kumpulan dalam kempen liga Juara Juara Eropah musim ini.

Rentetan tersebar khabar angin bahawa kekalahan aksi menentang Galatasaray akan melenyapkan karier Zidane sebagai Pengurus Real.

Namun kemenangan tipis 1-0 di Istanbul kali ini membantu skuad Zidane mengutip tiga mata penuh yang sangat diperlukan ketika ini.

Gol tunggal Real hadir pada minit ke-18 menerusi Kroos selepas percubaan Eden Hazard berjaya menyelamatkan kedudukan Real dalam kempen kali ini.

Walaupun juara Liga Turki, Galatasaray mengancam gawang gol Real dengan beberapa serangan laju mereka gagal menemui gol penyamaan.

Beberapa tandukan kencang dari jarak dekat di gawang gol oleh Galatasaray berjaya ditepis oleh kebijaksanaan penjaga gol Thibaut Courtois.

Kemenangan itu berjaya membantu Real melonjak ke tangga kedua dalam kumpulan A dibelakang pendahulunya Paris Saint Germain yang mudah menjinakkan Club Bruges dalam satu lagi aksi semalam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast