LONDON- Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun itu bernilai 3.7 juta euro.

Bertarikh 723 AD, ia diperbuat daripada emas dan pernah dimiliki oleh salah seorang khalifah yang menggantikan teraju kerajaan Mekah selepas Nabi Muhammad SAW.

Ia menjadi matawang paling berharga kepada umat Islam dan dijual pada harga 3.7 juta euro baru-baru ini.

Ia dijual dijual di London Auctioneers Morton & Eden di London.

Dinar berkenaan terukir beberapa siri nombor tulisan Arab dan Lailahaillah Muhammad Rasullullah.

Difahamkan, dinar yang sama hanya ada kira-kira 12 keping dan kebanyakannya disimpan oleh koleksi peribadi dan di muzium.

Pada mulanya dinar berkenaan dimiliki seoang penyimpan yang tidak dikenali dan menjualnya sebanyak 1.6 juta euro sebelum mendapat perhatian peminat dinar seluruh dunia.

Ia kemudian dijual kepada pembida yang tidak dikenali pada harga 3.1 juta euro dan ditambah dengan cukai ia berjumlah 3.7 juta euro.

Pakar Morton & Eden Coin, Stephen Lloyd berkata, syiling itu hebat kerana ia bukan sahaja terjaga tetapi menjadi bahan bukti sejarah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast