Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terpaksa mengenakan cukai kepada rakyat semasa krisis kewangan 1997-1998 bagi menyelamatkan taikun-taikun di Malaysia.

Namun, kata Perdana Menteri, ia memang menjadi cara negara ini menyelesaikan krisis dengan menolong taikun walaupun kerajaan boleh untuk tidak menolong mereka.

Katanya, 70 tahun dahulu, taikun-taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara.

Semua perniagaan dan perusahaan taikun itu akan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan.

Jelasnya, kerajaan perlu menolong taikun, jika tidak, perniagaan taikun akan rugi, gagal dan terpaksa ditutup dan akhirnya semua kakitangan – sama ada yang kaya dan tidak kaya akan menganggur.

“Dan, kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

“Dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun pun kerajaan terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan boleh sahaja menghalau keluar semua taikun ini dengan tidak menolong mereka.

“Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?,” hujahnya sambil minta maaf kerana tindakan beliau yang menguntungkan taikun semasa menangani krisis kewangan 1997-1998. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Taikun yg ko tolong tu asik lari/tipu dari bayar cukai… Sedangkan yg pembayar cukai sebenar adalah rakyat berpendapatan sederhana Dan tinggi… Kenapa ko tak tolong rakyat mcm kami… Ngok tul…

    • Ada sebab lah tolong tu. Mahadir pun dah kata kalau kerajaan tak tolong pun boleh. Tapi mengapa tolong. Ramai lagi yang memerlukan bantuan.Taikun kaya raya rakyat papa kedana. Hidup Mahathir. Boleh tolong ramai lagi Taikun.

  2. sekarang yang lama baru mengaku. masa dulu tak mengaku. sama lah dengan yang lain tu. sekarang bunuh mati pun tak mengaku. bila sepuluh dua puluh akan datang barulah berani mengaku. masa aku jadi pm dulu senang je aku buat harta untok anak bini aku. sambil ketawa lalalala

  3. Jawapan yang sebenarnya adalah
    Saya menyelamatkan Taikun demi menyelamatkan bahagian saya bersama Taikun.
    Saya tu membohong lagi macam biasa. Rakyat pemaaf walaupun saya dah belasah harta Kerajaan Sekian lama bersama2 dengan kroni2 saya.

  4. Biasa la org mc kutte ni..
    Lidah bercabang.
    Anjing biasa mkn taik.
    Kalau tk mkn.cium pun jd la..

Comments are closed.