Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1 Malaysia Developmnet Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang tidak menjawab soalan secara spesifik soalan mendapat reaksi tegas daripada peguambela Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Shahrol tiba-tiba menyentuh tentang syarikat penerbitan filem milik Riza Aziz iaitu Red Granite ketika tindakannya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau berulang-alik berjumpa dengan Jho Low selain Najib dan Lembaga Pengarah syarikat itu dipertikai.

“Saya melihat (Jho Low) sebagai pelancar kerja untuk Najib. Seakan dia (Jho Low) juga melancarkan penyelewengan (wang) daripada 1MDB. Saya rasa perlu tahu bahawa pada 2010, Good Star Limited menghantar wang kepada Red Granite,” katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee kemudian mengingatkan Shahrol agar hanya menumpukan kepada soalan yang diajukan terhadanya.

“Tumpu kepada apa yang anda buat dan tak buat (menjawab soalan spesifik yang ditanya),” ujar peguambela bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan 1MDB kemudiannya ditangguh esok pada 11 pagi.-MalaysiaGazette