Foto Daily Mail

AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita mencetuskan suasana gempar apabila mengamuk dengan bertindak menembak cermin kaca restoran makanan segera KFC.

Daily Mail melaporkan, kejadian yang berlaku di KFC Shelbyville, Kentucky pada Isnin lalu dikatakan berpunca selepas permintaannya diberi garfu dan napkin tidak dilayan.

Kejadian itu dimuat naik ke Facebook dan sehingga kini dikongsi lebih 11,000 netizen.

Polis turut mengesahkan kejadian dan mengakui dihubungi sejurus ia berlaku.

Dalam pada itu, pengurus sebuah restoran berdekatan mengakui terkejut dengan insiden itu.

“Ada pelanggan kami yang bertanyakan mengenai kejadian di KFC.

“Saya tidak percaya bagaimana dia sanggup keluarkan senjata dan tembak tingkap kaca. Ia kejadian yang menakutkan,” ujar Charlene Witt yang bekerja di Subway. – MalaysiaGazette