KUALA LUMPUR- Pharmaniaga Bhd. yakin mampu mendapatkan kontrak daripada Kementerian Kesihatan menerusi sistem tender tebuka.

Harga saham syarikat tersebut jatuh 11.6 peratus selepas kerajaan membuat keputusan untuk menamatkan konsesi pengedaran ubat di negara ini.

Ini sekali gus menyaksikan konsesi eksklusif pengedaran ubat dan bekalan perubatan kepada Kementerian Kesihatan yang dipegang Pharmaniaga sejak 1994  akan berakhir 30 November ini.

Selepas ini, sistem tender terbuka akan diperkenalkan.

“Pharmaniaga optimistik terhadap keupayaan kami untuk terus berkhidmat kepada negara.

“Jika kerajaan percaya kepada meritokrasi, syarikat juga yakin dengan prestasi yang dimiliki kami dan menjadi faktor utama untuknya meneruskan perkhidmatan.

“Sementara menantikan keputusan kabinet, kami meneruskan perniagaan seperti biasa dan akan terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengumuman penamatan konsesi eksklusif pengedaran ubat di negara ini dan kerajaan akan memperkenalkan sistem tender terbuka menggantikannya.

Bagaimanapun, bagi memastikan bekalan ubat dan perkhidmatan kesihatan tidak terganggu, perkhidmatan Pharmaniaga akan dilanjutkan sehingga Kabinet membuat keputusan mengenai mekanisme untuk menguruskan tender terbuka tersebut, katanya.

Tambah beliau, perkara itu akan dibentangkan ke Kabinet bagi membuat keputusan mengenai mekanisme tender terbuka tersebut.

Sistem berkenaan dijangka siap menjelang suku pertama tahun depan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast